assalamualaikum

assalamualaikum

Thursday 10 March 2016

2.PENGURUS SEBAGAI KHALIFAH ALLAH


Peranan pengurus sebagai khalifah Allah merupakan hasil pemberian amanah oleh Allah SWT kepada manusia dalam merealisasikan dirinya sebagai hamba Allah. Oleh sebab peranan ini merupakan satu amanah, maka dengan sendirinya ia menjadi tanggugjawab yang berat bagi pengurus.

       Profesor Dr. Haron Din mentakrifkan khalifah sebagai menguasai dan memerintah ataupun mempuyai sifat ketuanan. Dengan sifat ini, seseorang pengurus bertindak sebagai tuan dan menjadikannya sebagai satu jalan atau cara bagi pengurus untuk melaksanakan tugas khalifah tersebut. Hasil daripada sifat ketuanan ini pengurus boleh memilih sama ada ke arah kebenaran atau penyelewengan, Dalam hal ini, mana-mana pengurus yang mempunyai sifat ketuanan yang menyeleweng daripada islam tidak boleh menggelar dirinya sebagai khalifah Allah.

       Pengurus yang memegang amanah sebagai khalifah Allah berperanan menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran supaya pekerja, organisasi dan dirinya memperoleh al-falah. Pra syarat asas untuk menjadi khalifah Allah ialah seorang pengurus itu mestilah seorang yang berilmu. Ilmu yang utama bagi dirinya ialah ilmu makrifatullah, iaitu ilmu mengenal Allah SWT. Ilmu ini termasuklah mengenali dan mengamalkan islam sebagai ad-Din. Ilmu yang kedua pula ialah ilmu tentang bidang ataupun disiplin pengurusan.

       Seorang pengurus perlu tahu tentang ilmu pengurusan kerana jika tidak enguasai ilmu tersebut, akan banyak berlaku kepincangan dalam praktis pengurusannya. Ilmu ketiga pula keupayaan dan kebolehannya mengetahui dan mempraktis ilmu pengurusan dari perspektif islam. Dengan melihat kepada prasyarat tersebut, lita akan dapati bahawa satu tanggungjawab yang berat bagi pengurus islam dalam merealisasikan peranannya sebagai khalifah Allah SWT.

No comments:

Post a Comment