assalamualaikum

assalamualaikum

Thursday 10 March 2016

3.PENGURUSAN SEBAGAI SAUDARA SESAMA ISLAM


Peranan pengurusan sebagai saudara sesame islam akan memastikan pengurusan memperlakukan pekerja sebagai saudara mereka sendiri. Peranan ini jelas disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:'  Orang-orang yang bekerja dibawahmu ialah saudaramu. Orang yang bekerja dibawahmu sebenarnya diizinkan Allah mengikut perintahmu. Seorang yang mengambil saudaranya sebagai pekerja wajib mmberinya makanan daripada apa yang ia makan dn memberi pakaian daripada apa yang ia pakai. Dan para pekerja tidak boleh dibebankan dengan tugas-tugas di luar daripada kemampuan mereka. Jika anda telah berikan mereka tugas berat maka anda hendaklah menolong mereka.

Hadis di atas mengandungi menghuraikan beberapa implikasi penting dalam perhubungan pengurusan dengan pekerja dalam pengurusan islan, antaranya:

1) Islam mengakui autoriti dan kuasa pengurusan untuk memberi arahan dan perintah kepada pekerja,   selagi arahan tersebut berada dala bidang kuasa pengurus, berkaitan dengan kontrak pekerjaan dan yang tidak bertentangan dengan ajaran islam.

2) Pengurusan mesti menganggap pekerja sebagai saudra kepadanya

3) Seorang pekerja mempunyai hak asasi yang mesti dipenuhi oeh majikan seperti hak mendapat upah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan minimum seorang pekerja.

4) Memberi kerja yang sesuai dengan kebolehan da kelayakkan pekerja.
5) Seorang majikan yang memberi tugas yang berat kepada pekerja,perlulah menolong pekerja untuk melaksankan kerja tersebut.

Bagi merealisasikan peranan ini, seorang pengurus mestilah membuang sifat ego dalam profesionya untuk duduk bersma-sama dengan pekerjanya. Secara kesimpulannya, penugaan manusia sebagai pengurusan dunia ada;h bertujuan untuk menjalinkan ikatan di antara manusi dengan:

a) PENCIPTANYA (HABLUN MINALLAH)

-Manusia tidak boleh mengagung-agungkan inovasi -inovasi manusia berupa perundangan, adat-istiaat , teori-teori dan falsafah-falsafah yang bertentangan dengan ajaran islam itu sendiri. (jiwa Mohd, Isa (1998)."Konsep pengurusan dari perspektif islam " Jurnal produktiviti 5)

Secara idealnya pula, seseorang itu tidak harus tunduk atau menurut perintah ketuanya ataupun mana-mana pihak sekiranya perintah tersebut jelas berlawanan dngan prinsip-prinsip islam



b) SESAMA MANUSIA ( HABLUN MINANAS)

-Menyeru manusia memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan kerjasama antara mereka bagi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Hubungan di antara manusia sesame manusia hendaklah berlandaskan kepada nilai-nilai persaudaraan, toleransi, kasih saying, persefahaman dan keadilan. Jika nilai-nilai ini diabaikan , masyarakat akan menjai kucar-kacir dipenuhi dengan syakwasangka, permusuham dan perbalahan.

2.PENGURUS SEBAGAI KHALIFAH ALLAH


Peranan pengurus sebagai khalifah Allah merupakan hasil pemberian amanah oleh Allah SWT kepada manusia dalam merealisasikan dirinya sebagai hamba Allah. Oleh sebab peranan ini merupakan satu amanah, maka dengan sendirinya ia menjadi tanggugjawab yang berat bagi pengurus.

       Profesor Dr. Haron Din mentakrifkan khalifah sebagai menguasai dan memerintah ataupun mempuyai sifat ketuanan. Dengan sifat ini, seseorang pengurus bertindak sebagai tuan dan menjadikannya sebagai satu jalan atau cara bagi pengurus untuk melaksanakan tugas khalifah tersebut. Hasil daripada sifat ketuanan ini pengurus boleh memilih sama ada ke arah kebenaran atau penyelewengan, Dalam hal ini, mana-mana pengurus yang mempunyai sifat ketuanan yang menyeleweng daripada islam tidak boleh menggelar dirinya sebagai khalifah Allah.

       Pengurus yang memegang amanah sebagai khalifah Allah berperanan menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran supaya pekerja, organisasi dan dirinya memperoleh al-falah. Pra syarat asas untuk menjadi khalifah Allah ialah seorang pengurus itu mestilah seorang yang berilmu. Ilmu yang utama bagi dirinya ialah ilmu makrifatullah, iaitu ilmu mengenal Allah SWT. Ilmu ini termasuklah mengenali dan mengamalkan islam sebagai ad-Din. Ilmu yang kedua pula ialah ilmu tentang bidang ataupun disiplin pengurusan.

       Seorang pengurus perlu tahu tentang ilmu pengurusan kerana jika tidak enguasai ilmu tersebut, akan banyak berlaku kepincangan dalam praktis pengurusannya. Ilmu ketiga pula keupayaan dan kebolehannya mengetahui dan mempraktis ilmu pengurusan dari perspektif islam. Dengan melihat kepada prasyarat tersebut, lita akan dapati bahawa satu tanggungjawab yang berat bagi pengurus islam dalam merealisasikan peranannya sebagai khalifah Allah SWT.

1. PENGURUS SEBAGAI HAMBA ALLAH


Peranan seorang pengurus sebagai hamba Allah lebih menjurus kepada sikap dan kelakuan pengurus ke arah perhubungan secara langsung dengan Allah SWT untuk mnjadikan dirinya seorang yag beriman dan beramal soleh. Seorang pengurus Islam mesti yakin Allah amat Maha Mengetahui terhadap segala tindak-tanduk dan perlakuan dirinya kerana Allahlah yang mencipta dirinya dan manusia yang lain.

  Tugas utama pengurus Islam ialah beribadah dengan menyerah seluruh jiwa raganya kepada Allah SWT. Bagi menghubungan dirinya terus dengan Allah SWT, seorang pengurus seperti manusia yang lain wajib menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam.

  Kesan daripada peranan ini menjadikan pengurus sedar bahawa jawatan yang diterima bukanlah sebagai tempat untuk menonjolkan kuasa dan pengaruh bagi kepentingan peribadi. Dengan itu, seorang pengurus tidak boleh ego dalam mengurus dirinya dan pekerjanya. Sebagai hamba, seorang pengurus akan sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tugas pengurusan supaya sifat mazmumah atau yang tidak elok dapat dijauhi dan tidak dilakukan sama sekali.

KONSEP AL-ISTIKHLAF


Istikhlaf ialah suatu istilah yang bermakna ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangunan dan memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan Allah dengan mengangkat manusia sebagai wakil-Nya (khalifah) dan pemegang amanah-Nya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia. Dalam erti kata lain istikhlaf merupakan satu prinsip dengan jelas dan tegas menzahirkan penugasan Ilahi ke atas manusia iaitu untuk menjadi pengurus dunia.


Manusia sebagai makhluk Allah bukan sahaja berperanan sebagai khalifah Allah, malah juga sebagai hamba Allah. Di dalam penugasan Allah kepada manusia sebagaipengurus dunia, maka terdapat tiga pengurus yang akan dibincangkan iaitu:

  1. pengurus sebagai hamba Allah
  2. pengurus sebagai Khalifah Allah
  3. pengurus sebagai saudara sesame Islam.


 

PEMULAAN

Asalamualaikum
Kami sekumpulan  yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Nor Faiz, kerana telah membuka peluang kepada kami untuk menyediakan blog ini.
 
Kami turut mengambil kesempatan ini kerana kami dapat menyebarkan kebaikan, dakwah dan keunikkan islam menerusi blog ini, InshaAllah . Tidak dilupakan ibubapa dan rakan-rakan yang lain yang banyak memberi sokongan dan motivasi untuk menyediakan blog ini
 
Syukur jugak kepada Allah, Alhamdulillah kerana dengan nikmatnya kami dapat menyediakan dan menyiapkan blog serta tugasan ini

Blog ini disediakan oleh kami ( Nabilah, Fatina. izzati, Majidah ) .
Kami merupakan pelajar Politeknik Seberang Perai mengambil jurusan Pengajian Perniagaan yang berada semester 2 .